“Off the Verandah” bermaksud keluar dari kepompong. Cerita tentang hidup saya yang dulunya sangat daif tentang dunia luar. Semua yang berlaku hanya sekitar negeri tercinta ku sahaja iaitu Taiping.
Zaman sekolah. Aku sering pindah
randah bagaikan Masyarakat primitif yang sering berpindah randah. Hal ini
demikian kerana aku seorang anak bekas tentera. Biasalah, bila ayah tentera
semua negeri kita pernah pergi tapi bukan aku. Memang semenjak kecil aku sering
bertukar-tukar negeri tapi zaman remaja ku hanya berada di sekitar negeri yang
satu iaitu Taiping, Perak Darul Rindzuan.
Zaman
Remaja, Semenjak aku berumur 13 tahun hingga 19 tahun aku hanya berada di
Taiping. Ramai rakan-rakan yang mengejek aku dengan menyatakan aku ini mungkin
akan menjadi katak di bawah tempurung. Selangkah demi selangkah aku terasa
tercabar dengan kutukan dari rakan-rakan. Semenjak aku berusia 18 hingga 19
tahun sewaktu aku berada di SMK King Edward IV mengambil STPM, aku bertekad
untuk pergi lebih jauh seperti awan Dania.
Zaman
Akhir remaja, Dengan segunung usaha yang aku telah jalankan, Tuhan maha pemurah
lagi maha mengasihani telah mendengar doa aku untuk terbang lebih jauh. Aku
mendapat tawaran ke Universiti Sains Malaysia (USM). Pada mulanya, aku tidak
mempercayai bahawa aku akan ditempatkan di sebuah Universiti tapi mungkin
itulah rezeki yang Allah berikan kepada setiap umat-Nya.
Zaman
Emas. Semasa aku berada di USM, banyak yang aku pelajari terutamanya kehidupan
kampus seperti sebuah metropolitan. Cabaran ,dugaan dan rintangan yang perlu
hadapi oleh seorang pelajar iaitu menguruskan masa. Pada masa ini, bagi aku
adalah zaman emas kerana aku dapat keluar dari kepompong negeri ku iaitu
Taiping.
Zaman
emas bertukar zaman kegemilangan. Sepanjang aku berada di USM. Walaupun sibuk
bergelar pelajar. Aku cuba untuk menyertai pelbagai Kokurikulum yang lain
seperti PALAPES USM. Pada mulanya, semua benda ini tidak dirancang kerana doa
dan hasrat seorang itu yang mahukan anaknya kahwin pedang. Aku cuba untuk
memakbulkan hasrat seorang ibu ku. Inilah sahaja yang aku mampu lakukan selain
segulung ijazah walaupun jauh berada di Pulau Pinang.
Zaman
Kegemilangan aku terus bersinar. Apabila
aku sudah betul-betul keluar dari kepompong “OFF THE VARENDAH”. Aku mendapat
tawaran ke luar negara iaitu di negeri China atas dasar lawatan rasmi ke sebuah
universiti sains dan teknologi Chengdu, China. Pengalaman yang tidak pernah aku
sendiri bayangkan akhirnya diijabkabulkan dengan impian yang menggunung. Di
sana, pemandangan, corak kehidupan dan budaya memang jauh berbeza daripada Malaysia.
Di sana, rakyatnya betul-betul rajin dan menggunakan masa itu seperti masa itu
emas. Masa sangat bernilai bagi mereka. Walaupun, keadaan di sana sesak, tetapi
tidak sesekali pun pandangan kasar ku melihat pertembungan kereta (Accident).
Seterusnya,
Aku fikirkan impian ku untuk terbang lebih tinggi hanya mampu di negara china
sahaja tetapi rezeki sekali lagi memihak kepada ku. Aku terbang pulang ke
negara jiran iaitu bandung Indonesia atas dasar praktikum bagi Jurusan sains
kemasyarakatan kerja sosial. Praktikal di sana selama 2 bulan betul-betul
mengajar aku tentang erti berSYUKUR. Subhanallah, sememangnya kita yang berada
di bumi Allah sangat bersyukur kerana banyak nikmat yang Allah kurniakan.
Kesenangan manusia kadang kala dikaburi oleh mereka sendiri. Bagi saya, Malaysia
merupakan negara yang betul-betul harmoni dan aman serta perkara ini dinyatakan
sendiri oleh kaum serumpun kita iaitu rakyat Indonesia. Walau bagaimana pun,
Apa yang aku pelajari di Indonesia iaitu sopan santun, hormat-menghormati dan
ikhlas. Mengimbau kembali zaman nenek moyang aku dahulu, mungkin nilai-nilai
murni ini masih segar di ingatan mereka. Tapi bagi ku, kini segala-galanya semakin
pudar.
Pengalaman
demi pengalaman yang aku pelajari dan aku alami ini merupakan anugerah yang
Agong telah dikurniakan oleh hamba yang betul-betul daif tentang dunia.
Walaupun begitu, aku masih berpegang kepada satu prinsip iaitu ~Ilmu itu milik
Allah, kita perlu usaha untuk mendapatkannya~.
Seterusnya, bakal ku
ceritakan tentang pengalaman aku di Korea. Semoga Allah memberi kesempatan.
abie...colour tu xclear..cbe tukar tulisan lain kew warna??
ReplyDeleteokey
Delete