Tuesday, January 15, 2013

Mencari Damai Yang Hilang.

Cerita ini berkaitan soal cinta tentang soalan pelajar berdialog dengan seorang guru yang sedang mengajar tentang cinta.

Guru : Pada pagi ini cikgu akan mengajar pelajar semua tentang Cinta .

Pelajar : Apa itu sebenarnya makna cinta, cikgu?

Guru : Cinta adalah satu bentuk emosi dan perasaan yang dimiliki secara semulajadi oleh seorang individu.

Pelajar : Cikgu saya pernah bercinta sebelum ini tetapi saya tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan cinta sejati.

Guru : Cinta itu tidak boleh dibuat-buat dan tidak boleh direka-reka.

Pelajar : Cikgu macam mana kita nak hargai sebuah cinta ?

Guru : (Sambil tersenyum ) Baiklah, saya nak esok awak pergi ke sebuah padang. awak carikan saya rumput yang paling cantik. Syaratnya, awak tak boleh toleh atau pandang ke belakang?

Pelajar : Baik cikgu. Keesokan harinya. Tanpa melengahkan masa pelajar itu terus pergi ke padang dan mencari rumput yang paling cantik.

Guru : Baik, boleh cikgu tengok rumput yang awak ambil semalam?

Pelajar : (Muka sedih) Cikgu saya tidak berjaya membawa satu rumput yang paling cantik itu cikgu.

Guru : kenapa?

Pelajar : Sebenarnya saya sudah menjumpai rumput yang paling cantik tetapi saya berpegang kepada kata-kata cikgu supaya tidak toleh atau pandang ke belakang lagi. Jadi saya tak ambil rumput yang cantik. Rumput di depan saya selepas itu semua rumput yang biasa.

Guru : Terima kasih anak murid ku. Sebenarnya itulah maksud cinta yang dihargai.

Pelajar : (Terpinga-pinga) Saya tidak faham maksud cikgu?

Guru : Setiap manusia itu mahu yang terbaik dalam semua perkara yang mereka mahu lakukan. Soal cinta pun kadang kala manusia itu sering ambil mudah. Bila seseorang itu sudah memiliki Cinta pertamanya, maka mereka lupa untuk menghargainya. Padahal, mereka tidak mengetahui bahawa itulah Cinta yang sejati. Sekiranya mereka tidak menghargainya maka cinta sejati yang mereka idam-idamkan itu ibarat Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran".


Pelajar : Apakah maksud peribahasa itu cikgu ?

Guru : Maksud cikgu ialah apa yang baik didepan mata kita kalau kita tak hargai dan lepaskan maka ia akan hilang dan apa  yang kita idamkan sesuatu yang baru juga tidak akan seperti sesuatu yang lama. Jadi pelajar semua Hargailah Cinta kerana anda semua bakal mengenal erti cinta.

2 comments: